Wednesday, May 13, 2015

Hari Sukan Sekolah

Vanakam.

Pada 26 April yang lalu, Hari Sukan Sekolah bagi tahun 2015 telah diadakan dengan meriah sekali. Semua warga sekolah dan ibu bapa telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan memberi sokongan yang padu pada pelaksanaan program tahunan ini.

Antara yang menarik perhatian ialah hiasan rumah sukan dan acara perbarisan yang menonjolkan kerjasama serta aktiviti setiap ahli rumah sukan tersebut. Pihak yang terlibat sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi menjadi rumah sukan yang terbaik.

Tahniah kepada semua yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya pula, ruang dan peluang untuk melakukan yang lebih baik sentiasa terbuka untuk semua. Fikir positif, ya!

(gambar-gambar akan diupload kemudian)